Kasih Seorang Abang
Assalamualaikum.
Babak dalam anime Naruto antara
yang paling menyentuh hati bagi aku adalah saat kematian Uchiha Itachi.
Touching gila siot mau menangis air mata darah. Dah lah hensem, macho
pulak tu, mati dah.
Beberapa minggu kebelakangan ini
aku tak terlepas satu episod pun Naruto Shippuden 3 yang disiarkan di
TV3 setiap Jumaat jam 7.00 malam sebab episodnya sangat best iaitu
pertarungan antara dua beradik; Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke. Dan
juga banyak mengimbas semula ketika mereka masih kecil. Comel.
Sasuke ketika bayi dikendong abangnya, Itachi. Alololo comelnya Itachi. Kekeke.
Part yang kerap diimbas kembali
dalam anime Naruto. Part Itachi dukung Sasuke. Sasuke yang sangat comel.
Itachi ketika ini berumur 13 tahun dan Sasuke 8 tahun.
Dua beradik hensem.
Misi Sasuke mahu membunuh Itachi
yang telah menghapuskan seluruh puak Uchiha ketika Sasuke masih kecil.
Sasuke yang berumur 16 tahun datang mencabar Itachi di satu tempat
rahsia.
Itachi vs Sasuke. Apa kau ingat macho sangat la tu tayang badan? Abang kau lagi macho la.
Saat-saat genting ketika Itachi
mahu mengambil bola mata Sasuke untuk melengkapkan jutsu Mangekyou
Sharingan atau Ameterasu yang dikuasainya. Tapi ternyata hanya genjutsu
(jurus ilusi) Itachi sahaja bagi menakutkan Sasuke.
Sasuke yang kehabisan chakura dan
tidak berdaya menanti saat-saat kematian tatkala Itachi menghampirinya.
Rupanya Itachi hanya menyentuh dahi Sasuke seperti yang selalu
dilakukan ketika Sasuke masih kecil dahulu.
"Mata awak adalah milik abang."
Ayat yang kerap diulang oleh
Itachi ketika dalam pertarungan yang sangat sengit ini. Sebelum
pertarungan bermula Itachi bercerita panjang lebar tentang kisah lampau
puak Uchiha mengaitkan mata mangekyou sharingan serta kemampuan
Ameterasu. Uchiha Madara dan Uchiha Izuna adik-beradik yang paling hebat
dalam puak Uchiha serta sangat istimewa kerana kemampuan mata sharingan
mereka yang luar biasa. Namun akibat kuasa yang terlalu istimewa ini
mata Uchiha Madara telah menjadi buta maka dia mengambil mata adiknya,
Uchiha Izuna untuk mengembalikan penglihatannya dan melengkapkan jurus
ameterasu miliknya.
Ketika Itachi menekan dahi
Sasuke, sebenarnya Itachi telah menyerapkan kemampuan ameterasu ke dalam
mata adiknya. Pemberian terakhir seorang abang kepada adiknya sebelum
mati. Kemudian Itachi terkulai dan jatuh ke tanah. Nampak seperti Sasuke
memenangi pertarungan ini tapi sebenarnya Itachi yang telah merancang
kemenangan untuk Sasuke.
No comments:
Post a Comment